Roti John Mamada Guna Inti Martabak? Ini Sebabnya Ia Jadi Favourite Ramai

Gabungan Dua Ikonik — Roti John x Martabak

Kalau awak suka Roti John dan Martabak, bayangkan kalau dua-dua tu bergabung jadi satu?

Itulah yang kami buat di Mamada Roti John — kami gunakan inti martabak sebenar dalam setiap roti john yang kami hidangkan. Bukan main campak daging cincang dan telur je, tapi inti rempah martabak yang penuh rasa, kaya aroma dan juicy.

Kenapa Guna Inti Martabak?

👉 Rasa yang lebih berlapis & padu
Rempah dari inti martabak lebih kompleks — ada rasa rempah, aroma, umami, dan bawang. Bila masuk dalam roti john, dia naikkan level rasa tu.

👉 Unik & tak ramai buat
Kebanyakan roti john lain guna inti standard — daging cincang biasa. Kami nak buat lain dari yang lain.

👉 Satu resepi, dua makanan
Ini juga cara kami maksimumkan rempah homemade yang kami dah buat sendiri untuk martabak. Kualiti dijaga, dan pelanggan rasa keistimewaan yang sama dalam dua menu.

Apa Kata Pelanggan Tentang Inti Martabak Dalam Roti John Kami?

“Tak sangka gabung martabak dengan roti john boleh jadi sedap macam ni. Lain macam rempah dia!”
– Amirul, Wakaf Che Yeh

“Roti john ni ada bau macam martabak, tapi gigit lembut & juicy. Anak saya makan sampai 2!”
– Kak Yani, Pasir Pekan

Nak Cuba Sendiri Roti John Inti Martabak?

Kami buat fresh setiap hari, guna inti martabak yang sama kami guna untuk produk Mamada Martabak.

✅ Inti masak guna mesin khas
✅ Rempah resepi turun-temurun
✅ Sesuai untuk makan malam atau majlis

Boleh walk-in atau buat tempahan awal untuk elak habis!

📍 Lokasi: 6a, wakaf sri paduka, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan
📲 WhatsApp tempahan: 018-3114562

Bila Tradisi Jumpa Inovasi, Lahirlah Roti John Mamada

Bila awak gigit Roti John Mamada, awak rasa lebih dari sekadar roti + telur + sos.

Awak rasa usaha, rempah keluarga, dan kreativiti kami gabungkan makanan tradisi jadi sesuatu yang baru.

Try sekali — confirm repeat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *