Kalau sebut makanan Kelantan, ramai terus terbayang nasi kerabu, nasi dagang, kuih akok, laksam — dan satu lagi trademark yang orang luar selalu cakap… manis.
Ya, memang betul banyak makanan Kelantan ada rasa manis. Tapi, Mamada Martabak tak manis langsung — malah kami fokus pada rasa juicy dan penuh rempah segar.
Kenapa Makanan Kelantan Banyak Manis?
Sebenarnya, ada beberapa sebab:
- Pengaruh sejarah & budaya
Dulu, gula dan nira kelapa banyak dihasilkan di Kelantan, jadi senang nak guna dalam masakan. - Faktor tahan lama
Makanan manis lebih tahan lama — sesuai untuk simpan atau dibawa jauh. - Kebiasaan turun-temurun
Dari kecil dah terbiasa dengan rasa manis dalam lauk dan kuih.
Mamada Martabak — Rempah Style, Bukan Manis
Walaupun kami dari Kelantan, Mamada Martabak pilih untuk kekalkan identiti berempah.
Kenapa?
- Kami nak martabak rasa lebih seimbang — cukup rasa rempah, daging atau ayam yang juicy, dan cheese yang creamy.
- Kami nak semua orang, dari utara sampai selatan, boleh makan tanpa rasa terlalu manis.
- Rempah kami ditimbang fresh setiap hari — jadi rasa dia naik tanpa perlu gula berlebihan.
Juicy, Fresh, & Penuh Rempah
Setiap hari, inti martabak kami dimasak dengan rempah khas Mamada Martabak. Kulitnya lembut, inti penuh, dan setiap gigitan rasa betul-betul puas.
Tiada sambal, tiada sambal manis — cuma acar bawang segar untuk seimbangkan rasa.
Nak Rasa Sendiri?
Kalau awak nak rasa martabak Kelantan versi berempah, terus klik sini untuk order:
👉 Order Martabak Mamada Sekarang
📍 Lokasi: Kedai tepi jalan, buka 1 petang – 8 malam (tutup Jumaat)

