8 Port Wajib Singgah Makan di Kota Bharu — Termasuk Mamada Martabak!

Kalau awak tengah cari port makan best di Kota Bharu, Kelantan — awak memang sampai tempat yang betul. Kota Bharu ni penuh dengan makanan best, dari makanan tradisional sampai ke menu viral. Jom kita tengok senarai port makan yang wajib awak cuba bila ada kat Kota Bharu:

mamada martabak kubang kerian , kota bharu

1. Mamada Martabak — Martabak Frozen Premium & Fresh!

Kalau sebut martabak di Kota Bharu, nama Mamada Martabak memang wajib masuk dalam senarai. Kami bukan sekadar jual martabak biasa, tapi kami fokus pada martabak premium homemade dengan inti ayam, daging, keju dan saiz XL yang memang puas makan.

👉 Nak beli makan terus? Boleh datang kedai.
👉 Nak buat stok dalam peti? Martabak frozen kami ready!

Lokasi: 6a, wakaf sri paduka, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Sabtu–Khamis 1 PM – 8 PM , Jumaat Cuti
Waze: Waze Kami

2. Lieniey Nasi Kerabu Tumis

Nasi kerabu tumis dia memang lain macam. Kuah pekat, ayam bakar juicy, sambal kelapa padu. Memang penuh pelanggan tiap malam.

3. Capital Cafe Kota Bharu

kedai kopi CAPITAL CAFE ni sebenarnya satu jenama berusia lebih 50 tahun, antara kedai kopi legend di Kota Bharu. Yang Melayu jual nasi berlauk, nasi dagang, laksa. Yang Cina buat kopi, telur separuh masak, roti bakar. Pelanggan pula pelbagai kaum. Indahnya keharmonian Kelantan

4. Warung Pak Mat Pulau Pisang

Teh tarik madu dia memang dah viral seluruh Malaysia. Kalau datang Kelantan, tak singgah sini memang rugi.

5. Restoran Hover

Port makan legend kat Kota Bharu. Ada macam-macam lauk kampung, harga pun berbaloi.

6. Kedai Kopi White House

Nak breakfast malam? Roti bakar telur goyang, kopi O dia memang power.

7. Nasi Kak Wok Original

Nasi putih, ayam goreng, kuah gulai, sambal — simple tapi nikmat.

8. Yati Ayam Percik

Kalau craving ayam percik original Kelantan, sinilah tempat dia. Kuah percik pekat, ayam bakar juicy.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *